Search box

Brutal murder of a Mongolian beauty

Search This Blog

Wednesday, May 7, 2008

Tuduhan terhadap RPK didakwa bermotif politik


: May 07, 2008
An alliance of civil society groups and bloggers today expressed their solidarity and support to Raja Petra Kamarudin and blog commentator Syed Akbar Ali, who were separately charged with sedition yesterday.








Tuduhan terhadap RPK didakwa bermotif politik
Jimadie Shah Othman | May 7, 08 12:39pm
Beberapa kumpulan bertindak masyarakat sivil hari ini menyifatkan tindakan mendakwa pengendali Raja Petra Kamaruddin mengikut Akta Hasutan sebagai bermotifkan politik.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka mendakwa tindakan tersebut bertujuan untuk mendiamkan suara-suara yang menentang penyalahgunaan kuasa.

bloggers solidarity for raja petra pc 070508 01"Kami mendesak kerajaan mempertimbangkan tindakan itu yang telah sedia maklum, di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, sebagai terang-terang selektif dan menindas.

"Tindakan ini bukan saja bertentangan dengan apa yang disuarakan kerajaan untuk mempromosikan demokrasi dan masyarakat bermaklumat, (tetapi) ia juga dilihat sebagai pembaharuan kepada taktik menakut-nakutkan yang ditolak pengundi (dalam pilihanraya lalu).


"Kami sedih, walaupun kerajaan mewarwarkan akan belajar daripada kesilapan lalu, (tetapi) ia masih terus menggunakan cara menindas untuk menanamkan ketakutan dan menyekat rakyat daripada bebas mengambil bahagian dalam wacana awam," kata kenyataan tersebut yang dibaca oleh Ahirudin Attan atau Rocky, pengendali blog Rocky Bru, dalam sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pagi tadi.

Selain Rocky, yang juga presiden Majlis Sementara Pakatan Blogger Kebangsaan, kenyataan itu turut ditandatangani oleh pengerusi Gabungan Penulis bagi Kebebasan Media (Wami), Wong Chin Huat; pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), V Gayathry dan pengerusi Jawatankuasa Sivil, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL, Ser Choon Ing serta pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee.

Insiatif menganjurkan sidang media itu adalah untuk menunjukkan persaudaraan blogger, penulis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap kes Raja Petra Kamaruddin, kata Rocky.

Perolok komitmen kerajaan

Mereka turut menyifatkan tindakan terhadap Raja Petra itu umpama 'memperolok-olokkan' komitmen perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap demokrasi dan reformasi sosial untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Tindakan terhadap Raja Petra dibuat hanya beberapa hari setelah sambutan hari kebebasan akhbar sedunia 3 Mei lalu.

raja petra and judiciary court law"Sebagai kumpulan bertindak masyarakat sivil, kami harap semua parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyuarakan pandangan dan keprihatian mereka untuk menunjukkan persaudaraan kepada Raja Petra. Semua pencinta kebebasan di Malaysia mesti mendesak kerajaan keperluan menarik balik tindakan terhadap Raja Petra."

Mereka melihat undang-udang itu sebagai warisan penjajah British dan tidak lagi sepatutnya berada dalam masyarakat Malaysia yang demokratik.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Sing; koordinator Kumpulan Pembangunan Wanita (WDC), Ho Yock Lin dan Bernard Khoo, juga daripada Pakatan Blogger Nasional.

Mengikut Rocky, insiatif menganjurkan sidang media itu adalah untuk menunjukkan persaudaraan blogger, penulis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Raja Petra Kamaruddin.

Mengikut Rocky, usaha ini bukan semata-mata untuk Raja Petra, tetapi juga mengambil kira penulis Syed Akhbar Ali serta tiga pengamal media yang dipanggil memberi keterangan kerana menulis laporan tentang Raja Petra. Mereka adalah dua wartawan The Sun dan seorang wartawan kanan The Star.

Syed Akhbar dituduh menulis kata-kata berunsur hasutan bertajuk 'IT IS EASY TO IMPRESS THE MALAYS' adalah komen terhadap artikel diterbitkan pengendali dan editor lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin bertajuk '03/06:Malaysia's Organised Crime Syndicate:all roads lead to Putrajaya'.

"Kita mesti mengambil tindakan bersama sebelum penulis blog dan wartawan lain di masa-masa akan datang menjadi mangsa," tambah Rocky lagi.

Saling melengkapi

Bernard Khoo pula berkata, penulis blog perlu menyuarakan pandangan terhadap apa yang mereka rasa benar atau salah yang berlaku dalam masyarakat.

"Kami menulis blog sebab kami ingin menyuarakan sesuatu yang mesti disuarakan. Kami menulis blog sebab ada orang ingin membacanya. Kami ingin sampaikan apa yang mahu kami sampaikan. Kami bukan hendak berlawan dengan wartawan, kita saling melengkapi.

"Masalahnya timbul apabila ada yang tidak mahu dengar apa yang hendak kami katakan dan tidak mahu orang lain mendengarnya," katanya lagi.

Bercakap tentang kempen mengumpulkan seringgit seorang untuk mengikat jamin Raja Petra, Bernard berkata: "Sejak kempen itu dilancarkan semalam bermula jam 2 sehingga 4:30 petang, sebanyak RM34,000 berjaya dikutip. Dan isteri beliau minta kutipan dihentikan kerana ia lebih daripada cukup." Mahkamah mengenakan ikatjamin RM5,000 ke atas Raja Petra.

Ditanya ke mana baki kutipan itu akan disalurkan, Bernard berkata, ia mungkin digunakan untuk tujuan kebajikan.

"Belum diputuskan," tambahnya.

Yap Swee pula mendakwa, tindakan kerajaan itu sebagai balasan kepada Raja Petra kerana berjaya menjadi antara lamanweb paling lantang dan kritikal dalam pilihanraya umum yang lalu.

Raja Petra, katanya, hanya menggunakan haknya untuk menulis tentang isu-isu yang menarik minat awam .

"Kerajaan mahu membisukan diskusi awam terutamanya macam kes Altantuya. Saya melihat tindakan mereka ini seperti amaran kepada yang lain (blogger dan penulis lain)," katanya.

. . . . . from malaysiakini

No comments:

search box