Search box

Brutal murder of a Mongolian beauty

Search This Blog

Tuesday, May 6, 2008

Pakatan Rakyat Serang Penahanan Raja Petra

PARLIMEN: Dewan Rakyat kembali bergema apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengkritik penahanan Raja Petra sebagai tindakan politik dan bermotif balas dendam.

Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata tindakan-tindakan yang dikenakan keatas editor Malaysia-Today itu adalah implikasi keputusan pilihanraya umum lalu.

“Adakah semua Ahli Parlimen bersetuju dengan artikel ‘Lets Send Altantuya Murderer To Hell’? Saya tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus tetapi atas dasar keadilan dan kebenaran, kita sememangnya mahu pembunuh Altantuya dihukum,” kata Lim disambut dengan sokongan seluruh MP Pakatan Rakyat.

Beliau meneruskan hujah dengan mempertikaikan Akta Hasutan yang dikenakan kerajaan keatas Raja Petra. Lim berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen BN bagaimanapun cuba mengalihkan isu kepada persoalan agama. MP Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata isu hantar pembunuh Altantuya ke neraka tidak harus dibangkitkan kerana persoalan syurga-negara adalah rahsia Tuhan. MP Tajuddin Abdul Rahmah (BN-Pasir Salak) menyindir MP-MP Pas kerana enggan membahaskan isu syurga-neraka.

Lim membidas kenyataan Khairy dengan menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak membincangkan rahsia Tuhan, tetapi mahu penjenayah yang membunuh dan meletupkan mayat mangsa diheret ke mahkamah dan dihukum setimpalnya.

Menjawab sindiran Pasir Salak, Lim berkata pembunuh Altantuya harus dihukum dan dihantar ke neraka atas jenayah kejam yang dilakukannya.

“Kalau ini pun tidak boleh difahami, tidak gunalah lulus daripada Oxford University tetapi masih tidak boleh memahami isi kandungan perbincangan,” tegasnya sambil disambut sokongan MP-MP Pakatan Rakyat.

Meneruskan hujah beliau, Lim berkata kerajan harus menubuhkan suruhanjaya menyiasat kes Altantuya kerana ianya membabitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

syafiq @ May 6, 2008


No comments:

search box