Search box

Brutal murder of a Mongolian beauty

Search This Blog

Wednesday, May 7, 2008

Something to Ponder?

Well, in a country where we did not know the whereabout of our former dismissed DPM until he reappears, with a blackened eye and the many theories advanced from men and women politicians from his former Political Party, on how he did it to himself, only to be proven wrong by a Royal Commission. The culprit was none other than the then IGP himself. NOW, more gravely than that crime, which utilized C4, available only to the military to kill and "silence" a foreign woman, involving special tasks squad. Should one not expect the worst to happen, then!


Benarkah Raja Petra enggan ditemui sesiapa? - Mat Sabu
Abdul Halim Mohd Rashid
Wed | May 07, 08 | 3:25:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mempersoalkan sejauh manakah kebenaran dakwaan pegawai penjara Sungai Buloh kononnya Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin enggan ditemui oleh sesiapa termasuk isterinya.

"Selagi saya tidak mendengar Marina (isteri Raja Petra) memberitahu bahawa beliau dimaklumkan tentang perkara itu oleh suaminya sendiri, saya sukar mempercayainya.

"Saya juga mahu mendengar Marina sendiri memberitahu tentang keadaan fizikal suaminya, masih seperti sebelum beliau diheret ke penjara atau bagaimana? Selagi saya tidak mendengar Marina sendiri yang melihat keadaan Raja Petra, susah saya nak percaya," tegas beliau.

Malaysiakini melaporkan, ketika dihubungi pagi ini, Marina Lee Abdullah berkata, beliau pergi ke penjara Sungai Buloh untuk menemui Raja Petra dan untuk bertanya sama ada suaminya mahu ikatjamin dibayar hari ini.

"Pegawai di kaunter pendaftaran memberitahu saya bahawa suami saya enggan menemui sesiapapun termasuk saya," katanya kepada Malaysiakini.

Marina berkata, beliau berkeras mahu menemui timbalan warden untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kini masih menunggu ketika Malaysiakini melaporkan perkara itu.

Mohamad Sabu membangkitkan perkara itu kerana Raja Petra sebelum ini mendedahkan banyak perkara, bukan sahaja berkaitan para pemimpin Barisan Nasional (BN) malah mengenai pihak polis sendiri, termasuk apa yang beliau dakwa sebagai tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menaungi sindiket jenayah.

"Saya tidak tuduh apa-apa. Saya bimbang dan hanya penjelasan Marina, anak-anak atau peguam Raja Petra sahaja yang saya percayai," kata beliau lagi.

Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya melihat penganiayaan yang ditimpakan ke atas Raja Petra sebagai penganiayaan ke atas mereka sendiri.

"Saya telah sebut berkali-kali dan saya ingin nyatakan lagi bahawa pada masa ini, kalau pencuri menceroboh rumah kita dan kita pergi buat laporan polis, silap-silap pencuri tak kena tangkap, kita yang masuk lokap," kata Mohamad Sabu.

Raja Petra, kata Mohamad Sabu lagi, mendedahkan perbuatan jenayah, tetapi "penjenayah terus bergembira, Raja Petra yang masuk penjara".

Sebab itulah, katanya, "tangkap Raja Petra bermakna tangkap kita, sebab perkara yang sama boleh berlaku kepada kita".

Naib Presiden PAS menyatakan bahawa beliau sangat menghormati Raja Petra kerana "dia lebih berani dari saya.

"Saya sangat menghormati siapa sahaja yang lebih berani dari saya dan saya tak malu mengakui kelemahan saya yang tidak seberani Raja Petra," katanya lagi.

********

News From Sg. Buloh : RPK Denied Visit Right -excerpt
Posted by Erin
Wednesday, 07 May 2008

RPK Fight for Justice!

updates 1247 : Puan Marina is on her way back to Sg. Buloh Prison (also known as Kuala Lumpur Remand Centre) with a lawyer, Matthaeus Cheng, to meet up with the Warden and get a letter from RPK to prove that he really requested not to be visited by any body at the moment.

This morning RPK's wife, Marina Lee went to the prison but RPK refused to see any body including Marina.

According to the Officer on duty, RPK has requested the prison official not to allow any one to visit him including family members and lawyers. Marina insisted to see him, but the Officer said he has to respect RPK's request.

Marina suspects that RPK is on hunger strike. She left a note and she hopes RPK will read it.

No comments:

search box