Search box

Brutal murder of a Mongolian beauty

Search This Blog

Wednesday, June 17, 2009

Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407)

Wednesday, 17 June 2009 | THE CORRIDORS OF POWER | MalaysiaToday - Raja Petra Kamarudin

In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses as punishment for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance.

AKUAN BERKANUN


Saya, CHONG TZENG HANG @ AH HAN (No K/P: 830210-01-5407) berumur 24 tahun dan beralamat di No. 38, Taman Bunga Ros, Kangkar Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Bandar Johor Bahru, Johor. Saya mendapat pendidikan sehingga tingkatan 3 di Sek. Men. Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Saya tidak melanjutkan persekolahan selepas itu kerana tidak lagi berminat dalam pelajaran. Selapas berhenti sekolah, saya telah melakukan pelbagai pekerjaan. Saya membantu bapa saya bekerja sebagai penjual kereta di U Want Used Cars, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor. Di samping itu, saya juga mempunyai sedikit saham dalam perniagaan pub dan aktiviti placuran di Marcopolo Lounge, Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor. Dalam sebulan saya boleh berpendapatan anggaran RM5,000.00. Saya mempunyai adik-beradik seramai 4 orang termasuk saya. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga saya. Saya sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.

2. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam kegiatan kongsi gelap ataupun kumpulan thug.

3. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam kegiatan kongsi gelap ataupun mengedar dadah.

4. Pada bulan Januari tahun 2006, saya mula mengenali seorang lelaki Cina nama Johnny, pemilik sebuah pub Marcopolo, Taman Sentosa, Johor Bahru. Selain menjalankan aktiviti pub an lounge, premis ini juga digunakan untuk menganjurkan aktiviti pelacuran. Perniagaan ini terdiri dari dua orang partner iaitu Johnny sendiri dan Chan Boon Chai (Ah Hwa). Johnny kemudian meminta saya untuk bertindak sebagai PR bagi aktivitinya agar saya dapat menjalin hubungan dengan PT D7, DSP Hedzir. Johnny tidak rapat dengan DSP Hedzir dan pada masa yang sama saya sentiasa berhubungan dengan DSP Hedzir sehinggalah kami menjadi rapat.

5. Semasa menjalankan PR bagi Johnny, saya membayar sebanyak RM12,000/- sebulan kepada DSP Hedzir dan kami sering berjumpa di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Pada 25/05/2006, Johnny telah keluar dari perniagaan Maropolo dan menyerahkan kepada saya disamping Ah Hwa kerana dia tidak mampu lagi untuk menanggung semua hutang termasuk hutang saya lebih kurang RM170,000/-. Saya bersetuju dan trus mengambil alih perniagaan itu dan meneruskan perniagaan itu bersama Ah Hwa. Pada bulan Jun 2006, DSP Hedzir sudah mula buka mulut untuk meminta sponsor dan katanya sponsor itu untuk No. 1 (Tan Sri Musa Bin Hassan, Ketua Polis Negara). Dalam bulan Jun 2006 sahaja saya telah beri sebanyak 2 kali sponsor kepada DSP Hedzir iaitu sebanyak RM80,000/- untuk No. 1 dan RM15,000/- untuk dia sendiri. Pada bulan Julai 2006, saya telah beri sponsor sebanyak 2 kali lagi iaitu RM45,000/- untuk DSP Hedzir dan RM60,000/- untuk No. 1. Kemudian dalam bulan Ogos 2006, saya telah beri kepada DSP Hedzir sebanyak RM80,000/- untuk sponsor kepada No.1 dan sekali lagi sebanyak RM60,000/- juga untuk diberi kepada No. 1. Dalam bulan September 2006, saya sekali lagi memberikan wang sebanyak RM80,000/- kepada DSP Hedzir untuk diberikan kepada No. 1. Akhir sekali dalam bulan Oktober 2006, DSP Hedzir meminta saya lagi wang sebanyak RM60,000/- juga untuk diberikan kepada No. 1. Kesemua wang tersebut saya sendiri telah beri terus kepada DSP Hedzir tanpa melalui sesiapa. Selain itu ada beberapa kali lagi saya beri wang sebagai sponsor yang diminta oleh DSP Hedzir tetapi saya tidak ingat berapa jumlah sebenar. Sejak dari mula saya beri wang kepadanya, saya anggarkan hampir mencecah RM1 juga. Segala wang yang diberikan adalah secara tunai.

6. Pada bulan November 2006, DSP Hedzir masih meminta wang lagi dari saya tetapi saya tidak mahu bagi lagi sebab selalu dia cakap nak bagi pada No.1. Saya berasa curiga sebab DSP Hedzir sering menggunakan nama No 1 dan saya minta untuk berjumpa sendiri dengan No. 1. Kemudian DSP Hedzir menghubungi No. 1 untuk bertanya adakan No. 1 bersedia berjumpa dengan saya. Pada tarikh tidak ingat penghujung bulan November 2006, DSP Hedzir memberitahu saya yang saya boleh berjumpa dengan No.1. Pada keesokkan harinya. Saya terus pergi ke 5 buah money changer untuk menukarkan wang kepada S$30,000/- dalam note S$1,000/- (30 keping) dan memasukkan kedalam satu sampul surat. Pada pagi keesokkan harinya saya seorang diri pergi ke Melaka untuk berjumpa DSP Hedzir dan No. 1. Sampai di Melaka saya telah diminta untuk menunggu dalam kereta ditepi jalan dan DSP Hedzir datang memandu sebuah kereta jenis Proton Perdana V6 warna hitam nombor pendaftaran saya tidak ingat DSP Hedzir kemudian bawa kereta pergi mengambil No. 1 dan datang semula terus berhenti di hadapan kereta saya. Saya diminta oleh DSP Hedzir untuk keluar dari kereta saya dan masuk kedalam kereta Perdana V6. Saya duduk dibahagian belakang dan saya nampak DSP Hedzir duduk dibahagian pemandu No. 1 dan No. 1 duduk dibahagian penumpang hadapan sebelah kiri. Saya menelek sedikit untuk mendapatkan kepastian samada dia adalah No. 1 dan saya pasti orang itu adalah No. 1 iaitu Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. DSP Hedzir menyuruh saya jangan memandang kepada No. 1 dengan memberi isyarat tangan. Saya menurut perintahnya dan kami mula berbincang.

7. Saya terus tanya kepada No. 1 “Dato’, saya dengar saya punya kes fail sudah dibuka, macam mana sekarang Dato’?. Kemudian No. 1 beritahu kepada saya “you jangan dengar orang cakap, saya janji sama you, you punya kes fail takkan jadi”. Kemudian saya tanya lagi “saya punya bisnes macam mana? Boleh jalan lagi tak?”. No. 1 kata “you tunggu saya beri green light sama tuan Hedzir, you boleh buka bisnes cara terbuka”. No. 1 beritahu lagi selepas ni mana-mana orang sindiket ekor yang sudar keluar order, boleh beri maklumat padanya. Saya jawab pada No. 1, “saya minta maaf, saya tidak tahu”. Kemudian akhir sekali saya minta dari No. 1 dengan berkata “Dato’, itu bisnes kita letak tepi dulu, tapi saya minta jangan buka kes fail atas saya”. Lepas saya tanya, No. 1 jawab “itu no problem”. No. 1 kata lagi pada saya “Ah Han, saya pun tak boleh lama, saya nak balik”. Semasa saya hendak turun dari kereta saya terus mengeluar sampul surat berisi S$30,000/- dan beri kepada No.1 sambil berkata “ini hadiah pada dato”. No. 1 menyuruh saya meletakkan sampul surat itu ditempat handbrek berdekatan dengan begnya.

8. Pada 28/12/2006, saya telah diberitahu oleh seorang pegawai D7, IPK Johor yang order 3(1) telah keluar. Lepas saya tahu saya terus telefon DSP Hedzir dan bertanya kepadanya bagaimana dengan janjinya tempoh hari berkaitan kes fail saya, kenapa masih keluar order 3(1). DSP Hedzir beritahu saya supaya sabar dan meminta wang lagi dari saya sebanyak RM20,000/- sebagai sponsor. Saya tidak beri dan sejak dari DSP Hedzir tidak menghubungi saya lagi sehinggalah saya ditangkap 3(1) pada 21/02/2007. Segala pembayaran kepada DSP Hedzir adalah wang dari hasil perniagaan saya di Marcopolo.

9. Saya merasa telah ditipu dan dianiaya kerana wang telah pun dibayar tetapi janji tidak ditunai.


Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh CHONG TZENG HANG @ )
AH HAN (No K/P: 830210-01-5407) tersebut di atas )
di Kuala Lumpur pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356)

Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894)

No comments:

search box